Monday, September 7, 2009

Teknologi Pendidikan - Artikel

Teknologi Pendidikan

Teknologi Pendidikan - Slaid

Teknologi Pendidikan

Projek : Papan Cerita

Papan Cerita

Projek : Carta Alir

Carta Alir Projek:

4.Flowchart

Projek - "Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar, Kajian Tempatan Tahun 5"

Sub topik Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 adalah merupakan Tajuk Projek yang telah dipilih untuk membangunkan koswer.

di sini disertakan FASA ANALISIS dan akan dimuatkan sedikit demi sedikit bahan yang bakal digunakan untuk membangunkan koswer tersebut.


FASA ANALISIS


Tajuk Projek :KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 – TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR

Objektif :Selepas menggunakan perisian ini, pelajar akan dapat

•Membezakan jenis-jenis hutan yang terdapat di Malaysia
•Mengetahui tentang tumbuhan dan hidupan liar
•Mengetahui tentang tumbuhan dab hidupan di zon iklim dunia
•Mendapat maklumat tambahan berkaitan tumbuhan dan hidupan liar dalam bentuk yang lebih menarik

Target Pengguna

Umum :
Pelajar sekolah rendah dan individu ( ibubapa dan guru) yang berminat untuk mengetahui dan mempelajari tentang tumbuhan semulajadi dan hidupan liar


Khusus :Pelajar-pelajar Tahun 5

Teori Pembelajaran

a)Teori Tingkahlaku (behavioris)

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Dalam perisian kursus pengajaran dan pembelajaran berasakan koswer (PPBK) , tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkumi tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran .


b)Teori Konstruktivisme

Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran berasaskan koswer (PPBK). Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK


c)Teori Kognitif

Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran komputer. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperolehi maklumat, rekabentuk perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi. Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer. Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan , ingatan , kefahaman pembelajaran secara aktif , motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbezaan individu .

JOM BELAJAR KAJIAN TEMPATAN....

sila klik:
http://www.sabah.edu.my/csr07003/